Catatan Popular

Rabu, 25 Januari 2012

Anakku

Lama sungguh saya tidak update blog sendiri.  Nak kata sibuk tidaklah sesibuk mana. Hati berkata hendak update tapi bila dah buka ada saja aralnya...  Tapi bukan itu yang hendak saya ceritakan..

Birthday Tisyia
Hari ni genap setahun anak kesayangan kami Nur Afrina Batrisyia dilahirkan.  Tisya semakin membesar.  Seronok rasa hati apabila melihatkan perkembangan Tisya dari hari ke hari.  Tisya melalui berbagai fasa dalam tempoh setahun.  Yang paling seronok apabila Tisya faham apa yang kami ceritakan padanya setiap kali bercerita.  Tisya memang anak yang bijak anugerah Allah s.w.t.

Seawal pagi tadi saya mengejutkan Tisya untuk menghantarnya ke rumah pengasuh yang membahasakan dirinya dengan panggilan 'Ibu'.  Saya mengejutkannya dengan nada perlahan.."Tisya.... bangun nak..jom kita pergi rumah ibu..."  Sedar sahaja Tisya menangis kerana kejutnya yang tengah lena tidur..  sambil saya mengucapkan "Selamat hari lahir Tisya...Tisya dah besar dah sekarang..Hari ni Tisya dah setahun..."