Catatan Popular

Isnin, 22 Ogos 2011

Berbuka Bersama Agong dan Sultan Selangor

Antara kenangan puasa yang tidak saya dapat lupakan pada tahun ini antaranya adalah berbuka puasa bersama DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tunku Mizan yang merupakan juga Canselor UiTM.  Permaisuri Agong juga turut serta dalam program tersebut.  Selang beberapa hari pula saya berpeluang berbuka bersama Sultan Selangor di masjid yang sama iaitu di Masjid Tunku Mizan UiTM.  Yang Dipertuan Agong dan Sultan Selangor berkenan menunaikan solat fardu maghrib dan seterusnya menunaikan solat sunat tarawih selepas solat Isyak.

Seperti biasa saya suka setiap kali solat berjamaah berada di saf pertama dan berhampiran dengan Imam.  Secara tidak langsung saya berada sebaris Yang Dipertuan Agong semasa menunaikan solat berjamaah.  Selesai solat tarawih saya tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Yang Dipertuan Agong Tunku Mizan, begitu juga dengan Sultan Selangor.

Selama ini saya hanya melihat Yang Dipertuan Agong dan Baginda Sultan dikaca tv dan dada-dada akhbar.  Peluang sebegini tak pernah saya alami semasa berada di Johor.  Inilah salah satu kelebihan apabila bertugas di UiTM Shah Alam yang jarang-jarang kampus cawangan alaminya dan kadangkala boleh dikatakan tiada langsung di sesetengah tempat atau cawangan lain.





Ahad, 21 Ogos 2011

Shopping Raya

Semalam saya bawa isteri dan anak shopping raya di KL.  Seawal jam 8.00 pagi kami telah bersiap dan bertolak ke KL.  Sebelum bertolak saya singgah di UiTM sebentar kerana kerana ada janji yang perlu dipenuhi.

Dalam kol 9.00 pagi saya, Intan dan Tisya tiba di KLCC. Tujuan kami singgah di KLCC untuk berjumpa rakan Intan kerana telah berjanji untuk berjumpa untuk mengambil sesuatu.  Tetapi rakan Intan tidak dapat berjumpa dengan kami atas sebab-sebab tertentu.  Hampir sejam kami menunggu, sambil-sambil tu kami meninjau-ninjau kedai-kedai yang ada disekitarnya.

Selepas itu kami terus bergerak menuju ke Jalan TAR, jalan jam teruk. Mana tidaknya orang ramai keluar membeli belah membeli keperluan raya, seperti kami juga.  Jalan TAR penuh dan padat dengan ramai umat membeli belah.  Saya dan isteri meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki hingga ke Masjid India.  Agak sukar untuk mencari pakaian raya Intan.  Kami mencarinya hingga ke malam.  Akhirnya selepas berbuka barulah jumpa pakaian yang sesuai dengan Intan.  Intan membeli 2 pasang baju raya setelah saya dan Intan benar-benar berpuas hati.

Sebelum tiba dirumah, Intan teragak untuk minum Root Bear A&W.  Jadi saya singgah membelikan untuknya walaupun kami berdua batuk.  ehee...  Teringin punya pasal...

Pukul 10.00 malam Alhadulillah saya slamat tiba dirumah dalam keadaan yang sangat meletihkan. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan kaki shopping raya.  Sampai dirumah selesai membersihkan diri saya terus solat Isyak dan menunaikan solat tarawih. 

Selasa, 2 Ogos 2011

Seronok Berterawih

Alhamdulillah...
Sudah 3 malam berturut-turut saya mengerjakan solat terawih.  Malam pertama berterawih di Masjid Padang Jawa, Klang.  Ramai sungguh orang yang datang ke masjid untuk mengejakan solat terawih, ramainya seperti solat Jumaat.  Hampir penuh masjid.  Setiap saf dipenuhi dengan para jemaah.  Para jemaah perempuan turut memenuhi ruang solat wanita hingga ke kawasan belakang dikaki lima.  Dalam hati saya terdekit, alangkah indahnya masjid ini jika dipenuhi para jemaah seramai ini setiap kali solat 5 waktu. 

Malam kedua dan ketiga saya solat di Pusat Islam UiTM.  Penuh ketenangan dan kedamaian.  Saya merasakan seperti para malaikat pun turut sama mengimarahkan Pusat Islam apabila saya menjejakkan kaki ke dalam Pusat Islam.  Walaupun bilangan jemaah yang solat di Pusat Islam tidaklah seramai seperti di Masjid Padang Jawa, tetapi saya sangat seronok melakukan solat disitu.  Kebanyakkan yang solat pula terdiri daripada pelajar Diploma dan beberapa orang staf dan anak staf.