Terlebih dahulu saya memohon keampunan Allah s.w.t seandainya catatan saya ini akan menimbulkan raya riak buat diri saya sendiri.. Astagfirullahhal azim...Ya Allah aku memohon keampunan dari mu Ya Allah. Tidak terlintas untuk saya membangga diri dengan amalan sunat yang saya sering lakukan..
Solat Dhuha,
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya sering melakukan amalan solat sunat dhuha. Alhamdulillah Allah memberikan kekuatan untuk saya terus lakukannya secara istiqamah... Fadilatnya amat besar bagi mereka yang mengamalkannya secara istiqamah antaranya dimurahkan rezeki oleh Allah dan mudah mendapat jodoh bagi mereka yang masih belum berkahwin. Ganjarannya pasti Allah akan beri, InsyaAllah. Saya ingin berkongsi pengalaman dimana solat dhuha telah meninggal kesan yang amat mendalam dalam diri saya sendiri. Antaranya saya dipermudahkan mendapat jodoh oleh Allah pada tika awal-awal saya melakukan amalan ini. Alhamdulillah saya bukan sahaja mendapat isteri yang baik, cantik malah pandai memasak. (1 pakej yang lengkap sebagai seorang isteri).hehehe...
Naik Pangkat,
Solat dhuha juga telah mengubah kehidupan saya dan keluarga dimana saya telah mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Antaranya tanggal 1 November 2010 saya telah dinaikan pangkat dan ditawarkan jawatan Pegawai Eksekutif di UiTM tetapi dalam pada masa yang sama saya ditukarkan dari UiTM Johor ke UiTM Shah Alam. Bermulalah satu kehidupan yang baru buat diri saya dan keluarga. Saya melahirkan rasa syukur kepada Allah dengan hanya menjalani sekali temuduga saya telah mendapat jawatan yang saya selalu idam-idamkan dahulu. Jujur saya katakan saya tidak menduga sama sekali akan mendapat jawatan tersebut kerana semasa temuduga dijalankan hampir 70 orang yang datang untuk temuduga jawatan tersebut dan keesokan harinya saya diminta hadir sekali lagi untuk sesi kedua temuduga dan kali ini hampir 40 orang yang berjaya ditapis dan layak untuk sesi temuduga. Bukan calang-calang orang yang dipanggil, saya dapati ramai staf yang lebih lama dan 'senior' dari saya ketika menjalani temuduga tersebut dan ada yang telah lebih daripada 5 kali menjalani temuduga untuk jawatan yang sama. Alhamdulillah setelah 5 bulan berlalu berkat doa ibu, abah dan isteri akhirnya saya dapat jawatan tersebut.
Dalam pada masa yang sama saya sering mengingatkan diri saya dan isteri bahawa nikmat dan rezeki yang Allah beri hanya pinjaman sementara dari-Nya. Jika Allah mahukan kembali pada bila-bila masa sahaja DIA mampu untuk menariknya dari apa yang telah diberikan-NYA kepada kami...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan