Kita patut bersyukur kepada Allah jika kita masih diberikan kesihatan yang baik sehingga ke saat ini. Apabila kita bersyukur Allah akan menambahkan lagi nikmat yang diberikanNya kepada kita. Nikmat kesihatan juga adalah sesuatu yang sangat berharga kepada setiap orang. Tanpa kesihatan yang baik sukar untuk kita melakukan aktiviti atau urusan harian.
Sekaya mana pun kita, setinggi mana darjah yang kita ada, sebanyak mana duit yang kita peroleh jika nikmat kesihtan telah ditarik Allah tiada ertinya semua kemewahan dan kemuliaan yang kita kecapi. Justeru persoalan yang ingin saya lontarkan apakah sudah memadai amalan seharian yang kita lakukan dengan nikmat kesihatan yang kita perolehi?
Ramai diantara kita mengambil mudah tentang amalan yang wajib untuk kita kerjakan apatah lagi amalan sunat mugkin jauh sekali untuk dilakukan. Jika tidak dari usia muda kita bentuk dan didik diri kita untuk melakukan amalan-amalan wajib sukar untuk kita melaksanakannya apabila usia telah meningkat. Ada antara kita yang mahu berubah apabila tua, tapi hakikatnya bilakah umur usia tua kita? kerana kita mahu sentiasa kelihatan muda dan berjiwa seperti orang muda walupun kita sudah tua. Jika usia kita tidak panjang maka tidak sempatlah untuk kita melakukan amalan wajib dan sunat.
Kebiasaannya apabila usia meningkat keadaan kesihatan semakin merosot. Bagaimana untuk kita beribadat kepadaNya sekiranya perkara itu berlaku. Justera kita perlu mendidik diri kita dari sekarang untuk mempertingkatkan amalan kita seperti puasa sunat Isnin Khamis, melakukan solat-solat sunat kerana amalan yang terbiasa kita lakukan biasanya mudah untuk kita lakukannya sampai bila-bila pun.
Faktor pemakanan memainkan peranan yang penting kepada tubuh badan kita ditambah dengan melakukan aktiviti-aktivit yang menyihatkan seperti bersukan. Jagalah pemakanan kita sekiranya kita ingin kekal sihat sepanjang hayat.
Dari sudut pengalaman saya pula, ada diantara kita penyakit sebenarnya memberikan impak dan kesan yang positif kepada mereka. Ini kerana mereka sudah tahu jenis penyakit yang mereka hidap samada merbahaya atau tidak, jadi mereka telah mula berubah menjadi yang lebih baik dan sentiasa mendekatkan diri kepadaNya. Tapi adakah kita ingin jadi seperti itu? Tentu sekali jawapannya tidak....